hye semua ...
agak lm rasanya aku tak update kan blog ni..
dah bersepah dah ngan habuk sb aku tak ada tak ada ms + malas nk mngemas...
wahhh...kelmarin aku terbaca dalam paper harian metro ada usahawan blogger yg dah jd kaya raya bt blog dia pnya income sebulan RM10 ribu lbh oooo...Ini sdah bagus!!
ni yg membuatkan aku berkobar-kobar utuk berusaha menjadi kaya-meraya ni. AMIN...
jgn jd hangat2 tahi ayam dah la aku ni kan pemalas ckit nk update.....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGypnjq5oR95KJZ7FxkbfK_wOKU8As3m2Jrw1TJm502t4gsl8H8cw-hbjou-bJi9KHklNocjC-9At1vUa06mQQJ_poRM_V2aAuOwwTrrtF6M5Id8_as5u8fjebmZ_PbDMUSkYw6x3k4cc/s200/pix_middle.jpg)
Ni beberapa petikan dalam paper yg ak update kan dlm blog ni :
SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.
Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London.
Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.
Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.
Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.
Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2.Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3.Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga ia berkembang.
4.Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5.Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6.Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7.Rajin serta tidak kenal erti putus asa.
AWAS!! ada sebahagian FAKTA tidak betul.
Kak red di Twitter nya
Dear Frens, banyak fakta yang tak benar about RM in Harian Metro today kay,.so jangan korang caya bulat2 plak! menjawab aku ngan mak aku wei
Dari Facebook nya
Terkesima jap aku baca story lam HMetro pagi2 nih…banyak rahsia terbongkar, ada satu 2 salah fakta, but overall it was a good write up, cuma aku ngah tafakur kejap, acik masih lagi dalam keadaan in shock wt the stories, macamlah first time, tp ni lain sket aa…
0 comments:
Post a Comment